Tuesday, October 20, 2009

Gula-Gula dan Keganasan

1. Kita biasa mendengar pesanan supaya mengurangkan makan gula-gula, manisan atau cokelat. Ia biasanya dikaitkan dengan kerosakan gigi dan gusi, terutamanya jika amalan penjagaan gigi tidak diambil berat.

2. Kini ada satu lagi sebab kanak-kanak tidak digalakkan makan gula-gula atau cokelat (terutamanya untuk tujuan ganjaran atau memujuk) kerana kemungkinan besar mereka akan membesar menjadi orang dewasa yang ganas (violent).

3. Menurut penyelidik-penyelidik di UK, kanak-kanank yang makan gula-gula dan coklat setiap hari berkemungkinan akan menjadi ganas apabila dewasa. Kajian Universiti Cardiff yang melibatkan 17,500 orang ialah yang pertama tentang kesan diet kanak-kanak ke atas keganasan orang dewasa.

4. Mereka mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan gula-gula setiap hari berkemungkinan besar terbukti ganas menjelang usia 34 tahun. Para mengkaji mencadangkan mereka tidak berpengalaman dalam "delay gratification", tambahan pula kanak-kanak "bermasalah" biasanya disogok dengan gula-gula supaya mereka boleh dikawal.

5. para pengkaji juga mencadangkan beberapa penjelasan termasuk ketagihan terhadap bahan-bahan tertentu dalam gual-gula yang mungkin menyumbang kepada keganasan orang dewasa.

6. Kajian ini telah dilaporkan dalam British Journal of Psychiatry keluaran Julain 2009.

No comments:

Post a Comment