Wednesday, October 28, 2009

Softball

Pagi ini diadakan perlawanan softball di antara kumpulan pelajar tingkatan 3. Nampaknya mereka seronok bermain - maklumlah ini kali pertama mereka bermain secara serius, cuma saya nampak mereka kurang "alert" dan kordinasi kaki, tangan, dan mata agak lambat, tetapi ini boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mungkin kita perlu menubuhkan pasukan softball, tambahan pula kelengkapannya sudah hampir lengkap - hanya perlu beli helmet untuk pelari dan body protector untuk catcher. Cikgu Hatif pun saya nampak macam dah biasa bermain game ni.

Antara kebaikan bermain softball:
1. Baik untuk kordinasi tangan-mata.
2. Membantu meningkat kemahiran berpasukan.
3. Semua peringkat umur boleh bermain
4. Menyeronokkan
5. Melatih diri berbahasa Inggeris
dll...

Monday, October 26, 2009

Bilik Baru

Hari ini (27/10) ialah hari kedua guru dan staf pejabat bertugas di bangunan baru. Dengan persekitaran kerja yang lebih selesa diharap kita semua akan berkhidmat lebih cemerlang. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan pemindahan dari bangunan lama ke bangunan baru.

Hari ini Cikgu Khu, Cikgu Zakaria, Cikgu Azrimi dan Cik Aznida bertungkus lumus menyiapkan pendawaian networking pejabat dan bilik guru. Terima kasih di atas sumbangan anda.

Thursday, October 22, 2009

Keluarga Bahagia

Hari pelajar-pelajar tingkatan 3 berlatih nasyid untuk persembahan minggu depan. Saya sempat meninjau satu kumpulan yang menyanyi lagu Keluarga Bahagia (kumpulan Saujana). Lagu ini sering digunakan oleh kaunselor untuk mengeratkan hubungan ahli-ahli sesuatu kumpulan. Yang saya ingat Pak Om di IAB cukup suka lagu ni.

Nyanyian budak-budak T3 ni macam tak kena, dah jadi macam RAP. Video di atas mungkin boleh membantu mereka.

Kereta hijau kereta "silver"

1. Pagi ini diadakan perhimpunan khas dan majlis kesyukuran kerana perpindahan ke bangunan baru. Semasa ustaz sedang memberi tazkirah, sekawan burung layang-layang terbang melintasi tapak perhimpunan. Saya lihat kebanyakan pelajar perempuan menutup kepala dengan buku, budak-budak lelaki selamba sahaja.

2. Teringat saya hasil kajian yang telah dibuat oleh Zurich Insurance di UK.

3. Mereka dapati 89 peratus kereta telah terkena najis burung. Tetapi hanya 86 peratus kereta berwarna hijau telah terlibat, berbanding dengan 92 peratus kereta berwarna perak (silver).

4. Mereka juga dapati lebih sepertiga (36 peratus) kereta hijau terkena najis burung sekali seminggu berbanding dengan 49 peratus kereta berwarna perak.

5. Mungkin hasil kajian ini boleh diperluaskan kepada manusia. Pelajar perempuan bertudung putih mungkin lebih kerap di"bom" oleh burung bebanding pelajar lelaki bersongkok hitam atau tidak menutup kepala.

Bahaya Rokok

Pada sebelah petang (22/10/2009) diadakan ceramah kesihatan dengan tema bahaya merokok. Penceramah terdiri daripada dua pegawai dari Pejabat Kesihatan Segamat. Ceramah ini adalah sebahagian daripada aktiviti Panitia Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1.

Daripada tinjauan rambang, saya saya dapati 3/4 pelajar lelaki T1 telah atau pernah atau masih merokok. Kebanyakannya mula merokok sejak daripada sekolah rendah lagi. Saya nasihatkan pelajar-pelajar supaya berhenti merokok sebelum terlambat.

Saya pernah mencatat tentang bahaya merokok. Saya doakan pelajar dan guru sekolah ini yang merokok agar berhenti daripada tabiat yang mendatangkan bahaya dan dosa ini.

Wednesday, October 21, 2009

Wau atau Layang-layang


Hari ini dalam aktiviti selepas PMR, pelajar T3 telah membuat wau. Sayangnya wau yang dibuat hanya untuk tontonan sahaja, mungkin tak cukup masa untuk diterbangkan. Tetapi berdasarkan pemerhatian, mungkin wau yang mereka buat tidak akan melayang di angkasa. Dengan saiz wau yang kecil, buluh yang basah dan tebal, tentu berat. Wau tempatnya diangkasa, sebab itu MAS menggunakan wau sebagai logonya.

Dari mana asal nama wau? Ada pendapat mengatakan wau berasal dari huruf arab "wau" kerana bentuknya yang menyerupai huruf tersebut. Ada pula yang mengatakan ia berasal daripada bunyi dengungnya, semakin tinggi semakin laju angin dan semakin kuat dengungannya dan kedengaran seperti
... w-a-u-u-u, w-a-u-u-u. Pendapat lain pula (yg paling boleh dipercayai) mengatakan wau adalah perkataan dalam bahasa Thai yang membawa makna yang sama. Sebab itu ia digunakan dengan meluas di Kelantan dan Terengganu sahaja. Di Johor dan Selangor misalnya, ia dipanggil layang-layang.

Wau yang bagus akan naik dengan cepat dan kekal di angkasa, tidak kira bagaimana keadaan angin. Berikut adalah senikata lagu Layang-layang Terputus Talinya (untuk penggemar Alleycat)

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma

"Chord" atau cod?

Petang semalam saya meninjau seorang pelajar tingkatan 2 yang sedang mengulangkaji matematik. Saya memintanya membaca bebeapa istilah matematik yang ada dalam buku ulangkaji yang digunakannya. Nampaknya pelajar ini dapat menyebut dengan betul dan jelas, tetapi apabila sampai ke istilah "chord", pelajar ini membaca dengan sebutan cod (ejaan BM). Saya meminta kepastian dan pelajar ini menjelaskan memang cikgu mengajar begitu. Saya minta pelajar ini berjumpa guru matematik dan minta kepastian sebutan yang betul. Saya percaya mungkin pelajar ini yang silap.

The word chord (pronounced "cord") refers to a straight line drawn between two points on a circle (or more generally, on any curve).
A chord is a lot like a secant, but where the secant is a line stretching to infinity in both directions, a chord is a line segment that only covers the part inside the circle. A chord that passes through the center of the circle is also a diameter of the circle.
In the Circle shown, PQ and AB are chords with their endpoints P, Q and A, B respectively lying on the circle.

Tuesday, October 20, 2009

Perhimpunan Bulanan PPD Segamat

Pagi ini saya menghadiri perhimpunan bulanan PPD Segamat di SMKA Segamat.

Gula-Gula dan Keganasan

1. Kita biasa mendengar pesanan supaya mengurangkan makan gula-gula, manisan atau cokelat. Ia biasanya dikaitkan dengan kerosakan gigi dan gusi, terutamanya jika amalan penjagaan gigi tidak diambil berat.

2. Kini ada satu lagi sebab kanak-kanak tidak digalakkan makan gula-gula atau cokelat (terutamanya untuk tujuan ganjaran atau memujuk) kerana kemungkinan besar mereka akan membesar menjadi orang dewasa yang ganas (violent).

3. Menurut penyelidik-penyelidik di UK, kanak-kanank yang makan gula-gula dan coklat setiap hari berkemungkinan akan menjadi ganas apabila dewasa. Kajian Universiti Cardiff yang melibatkan 17,500 orang ialah yang pertama tentang kesan diet kanak-kanak ke atas keganasan orang dewasa.

4. Mereka mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun yang makan gula-gula setiap hari berkemungkinan besar terbukti ganas menjelang usia 34 tahun. Para mengkaji mencadangkan mereka tidak berpengalaman dalam "delay gratification", tambahan pula kanak-kanak "bermasalah" biasanya disogok dengan gula-gula supaya mereka boleh dikawal.

5. para pengkaji juga mencadangkan beberapa penjelasan termasuk ketagihan terhadap bahan-bahan tertentu dalam gual-gula yang mungkin menyumbang kepada keganasan orang dewasa.

6. Kajian ini telah dilaporkan dalam British Journal of Psychiatry keluaran Julain 2009.