Thursday, July 23, 2009

Sekolah Bersih


Semalam (23 Julai 2009) saya menghadiri taklimat Urusan Pemangkuan PPP Cemerlang di SJK(C) Pu Sze, Skudai, Johor Bahru. Kebetulan pula Guru Besar sekolah ini, En Tay Kim Leong adalah rakan setugas semasa saya di SMK AlRiShah I Pagoh, tahun 80'an dulu. Bilangan pelajar sekolah hampir mencecah 4000 orang (2 sesi). Walaupun bilangan pelajarnya ramai, sekolah ini tetap kelihatan bersih. Saya harap pelajar SMKPL juga sentiasa memastikan kebersihan persekitaran sentiasa dikekalkan pada setiap masa. Dewan di mana taklimat di adakan cukup besar dan selesa dan boleh mengatasi mana-mana dewan kuliah di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memang menjadi kemestian di mana-mana SJKC, walau di mana lokasi sekolah, walau sebesar mana pun sekolah, dewan sekolah tetap ada. Walau bagaimana cara sekalipun mereka tetap berusaha untuk membina dewan sekolah sendiri. Mungkinkah ini ada kaitan dengan budaya mereka?

No comments:

Post a Comment