Friday, November 27, 2009

Motosikal "mewah"


















PJJ2, PJH3, JLF3, BGL7, PJJ7, ... kalau anda ingin nombor-nombor pendaftaran ini untuk kereta anda, anda mungkin perlu membayar berpuluh-puluh ribu ringgit kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tetapi di kedai motosikal ini, semua motosikal untuk dijual mempunyai nombor pendaftaran 1 digit dari beberapa negeri. Harga nombor-nombor ini tentu sekali lebih mahal daripada harga kedai dan motor-motornya sekali. Sebenarnya ini hanya gimmik penjual motosikal untuk menarik perhatian orang ramai.

Wednesday, November 25, 2009

"Berdaun-daun"

Setiap Jumaat kita mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam dari atas mimbar. Jika kita berada di negeri Johor, ke mana sahaja kita pergi bersolat Jumaat kita akan mendengar khutbah yang serupa kerana kandungannya telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri. Isi kandungan khutbah biasanya sesuai dengan perkembangan dan peristiwa semasa seperti Hari Kemerdekaan, Hari Pahlawan dan Hari Guru. Tidak kira masjid di kota besar atau di ceruk kampung, para jumaah akan mendengar khutbah yang sama tetapi dengan gaya penyampaian yang berbeza. Cuma kadang-kadang mungkin kandungannya kurang relevan dengan sesuatu tempat.

Jika di sekolah pula ini boleh dibandingkan dengan peperiksaan setara daerah atau negeri. Jika tujuan peperiksaan ialah untuk mencari TOV untuk peperiksaan awam peringkat negeri, saya fikir ini adalah cara yang paling baik dan mudah. Tetapi jika untuk tujuan penilaian pengajaran guru perlu membuat ujian lain yang sesuai dengan pelajar dan kandungan yang telah diajar.

Berbalik kpd kisah khutbah Jumaat, tahun 60an dan 70an dulu, seingat saya setiap masjid dibekalkan satu buku tebal yang mengandungi teks khutbah. Saya tak pasti ada berapa tajuk, tetapi yang saya tahu imam akan membaca satu tajuk setiap minggu sehingga sampai tajuk terakhir dan kemudian akan diulang semula. Oleh kerana saya bersekolah di luar, saya biasa juga mendengar khutbah yang sama apabila solat Jumaat di kampung kerana kebetulan sampai tajuk yang berkenaan.

Yang paling saya ingat ialah suatu khutbah tentang gejala sosial khususnya tentang pergaulan bebas muda-mudi (masa tu belum ada mat rempit atau bohsia). Pak imam baca " ... lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk berdaun-daun ......." Sepatutnya di baca berdua-duaan. Dia faham ke tidak apa yang dibaca. Saya tak pasti bagaimana ejaan berdua-duaan dalam tulisan jawi seperti yang tertulis dalam teks khutbah itu sehingga dibaca demikian. Setiap kali imam baca "berdaun-daun", pak cik yang tukang ambil kedatangan akan sebut perlahan-lahan "berdua-duaan" seperti kita membetulkan bacaan pelajar yang salah.

Masa itu kedatangan solat jumaat diambil kedatangan untuk memastikan bilangan jumaah mencukupi untuk solat jumaat kerana penduduk kampung belum ramai.

Tuesday, November 24, 2009

Fotografi

Kamera-kamera yang saya pernah guna sepanjang pembabitan dalam hobi fotografi. Ada orang tanya, kalau tengok gambar, boleh kenal ke jenama kamera yang digunakan untuk mengambilnya? Entahlah, saya pun tak tau nak jawab, tetapi memang nampak perbezaan di antara gambar yg diambil gunakan kamera telefon bimbit dgn yg diambil gunakan kamera SLR.

Kamera pertama saya. Film 110, format yg dikatakan akan popular tetapi akhirnya tenggelam. Cap ayam. Tahun 1977.














Kamera kedua (Terpengaruh dgn Razak, guru ST Kajang). Tahun 1982. Film 135. Pentax ME Super. Lens 50 mm 1.4. Paling kecil dan ringan dalam kelasnya. Kuat makan bateri. Untuk set kelajuan shutter, tak guna dail spt kamera lain tapi guna dua butang, up dan down.
























Kamera ketiga. Pentax ME Super. Beli 2ndhand sebab yang pertama rosak. Tak mau tukar brand sebab dah biasa.











Kamera ke-4. Konica compact. Auto-focus. Film 135. Tak guna SLR lagi sebab dah pakai
cerminmata. Susah nak fokus.










Kamera ke-5. Canon Powershot A510. 3.2 MP. Digital compact. Bertukar kpd digital kerana film dah mahal dan susah nak dapat, kos proses lagi mahal dan banyak kedai dah tak buat. Gambar boleh diedit guna Photoshop. Hilang kena curi (masa tu kira barang mewah ni, senang nak jual).










Kamera ke-6. Canon Powershot 520. 4.0 mega pixels. Masih diguna sampai sekarang (untu snap dan candid). Akan diguna selagi tak rosak.













Kamera ke-7. Canon EOS 1000D. DSLR. Guna SLR semula kerana auto focus mudah digunakan selain dpd manual. 10.1 MP. RAW. Lens EF-S 18-55 & 55-250. Mudah digunakan. Kualiti gambar boleh tahan.













Dalam perancangan (angan-angan)













tambah











tambah











Yang mungkin saya tak akan beli! (walaupun saya peminat Pentax)













Tuesday, November 3, 2009

Robot

Pagi ini (4/11) pelajar-pelajar T3 meneruskan aktiviti selepas PMR dengan membina robot. Sebenarnya apa yang mereka buat hanyalah patung yang menyerupai robot yang biasa digambarkan. Robot yang sebenar tidak semestinya menyerupai manusia. Robot adalah alat mekanik/elektronik yang boleh melakukan sesuatu tugas berdasarkan arahan yang diberi atau set arahan yang telah diprogramkan dalam ingatannya. Saya ada membuat sedikit catatan tentang robot di sini.

Sunday, November 1, 2009

Kursus Hari II

1. Pagi ini kursus diteruskan dengan ucapan utama En Yasiran Maskom, PPD Segamat. Dalam ucapannya beliau menggunakan dapatan suatu kajian sebagai kandungan utama ucapan.

2. Antara rumusan ucapan beliau:
  • Jangkaan tinggi pengetua terhadap sekolah, guru, staf bukan akademik akan membantu mencapai matlamat dengan lebih berkesan.
  • Pengetua yang mempunyai jangkaan yang tinggi biasanya percaya semua murid boleh diajar dan boleh berjaya jika diberi bantuan dan bimbinganoleh semua pihak.
3. Memang sewajarnya kita semua mempunyai tanggapan yang baik kepada semua orang. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Gabungan tenaga dan kepakaran akan menjadikan sesuatu organisasi lebih padu dan kuat.

4. Saya harap guru-guru tidak kecewa jika pencapaian pelajar kita tidak seperti yang diharapkan. Mungkin impak nasihat dan pengajaran kita hanya akan menyeralah selepas mereka keluar dari sekolah.

5. Pada sebelah malam diadakan majlis "Jasamu Dikenang" bagi meraikan pengetua-pengetua yang telah bersara atau bertukar jawatan. Mantan pengetua SMK Convent hadir dalam majlis ini. Selepas 15 tahun memikul tugas pengetua di SMKC dan 31 tahun dalam perkhidmatan pendidikan beliau bersara pada Mei yg lalu.

Roket Air

1. Hari ini (1 November) saya melapor diri Kursus Pengurusan Sekolah PPD Segamat di Everly Resort Hotel, Melaka. Kami akan berada di sini sehingga hari Selasa.

2. Esok (2 November) aktiviti selepas PMR di sekolah diteruskan dengan pertandingan rocket air. Sebenarnya ini merupakan aktiviti yg saya sendiri memang suka dan rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama dengan anak-anak pelajar T3. Saya ada buat sedikit catatan tentang rocket air di sini. Catatan ini mungkin boleh membantu anak-anak pelajar yang mengambil Physics.

3. Saya dimaklumkan oleh Pn Lily, pelajar-pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan roket air di SMK Maokil memenangi acara "payload". Tahniah kpd pelajar-pelajar dan guru pembimbing.

4. Terima kasih dan tahniah kpd guru-guru yang bekerja keras memastikan pelajar-pelajar T3 yang hadir selepas PMR mendapat manfaat dpd aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Wednesday, October 28, 2009

Softball

Pagi ini diadakan perlawanan softball di antara kumpulan pelajar tingkatan 3. Nampaknya mereka seronok bermain - maklumlah ini kali pertama mereka bermain secara serius, cuma saya nampak mereka kurang "alert" dan kordinasi kaki, tangan, dan mata agak lambat, tetapi ini boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mungkin kita perlu menubuhkan pasukan softball, tambahan pula kelengkapannya sudah hampir lengkap - hanya perlu beli helmet untuk pelari dan body protector untuk catcher. Cikgu Hatif pun saya nampak macam dah biasa bermain game ni.

Antara kebaikan bermain softball:
1. Baik untuk kordinasi tangan-mata.
2. Membantu meningkat kemahiran berpasukan.
3. Semua peringkat umur boleh bermain
4. Menyeronokkan
5. Melatih diri berbahasa Inggeris
dll...